Saturday, November 28, 2009

Sembelih Lembu

Pagi tadi saya bawa Nuha pergi tengok lembu kena sembelih kat Masjid Batu 10 Cheras. Pergi pun dalam pukul 9 pagi orang pun dah siap dah sembelih lembu. Tak dapat la nak bg Nuha tengok lembu kena sembelih. Tak pe lah bg dia tengok lembu yg dah sembelih je. Tu pun dia takut. Sampai tak nak turun. Kena la dukung dia sampai balik ;) Masjid Batu 10 korbankan 6 ekor lembu termasuk satu daripada JAIS. Tahun ni je kurang sikit. Biasanya sebelum2 ni ada la dalam 14 ke 15 ekor. Tak pe la da tak de rezeki. InsyaAllah tahun depan pulak ;) Tengok la gambar2 yg diambil sepanjang proses penyembelihan lembu dijalankan.


Ni lembu terakhir yg sempat dirakamkan. Lembu2 lain dah abis dilapah kulitnya.

Proses melapah kulit lembu

Isi perut lembu dikeluarkan

Pakai mesin tu nak potong tulang lembu. Ish3 modennya

Daging lembu ditimbang untuk diagih - agih kan kepada mereka yg memerlukan. Selamat Hari Raya Kurban.....

Friday, November 27, 2009

Basikal Baru Nuha


Ni basikal lama nuha. Dia dah tak pandang dah basikal ni. Mentang2 la dah dpt basikal baru ye. Dari jauh basikal ni dtg tau. Opah kat Taiping yg belikan ;)



Seronok dia dpt basikal baru ye. Sampai tak nak turun tu. Nasib baik la tak sampai tidur pun dgn basikal ;)




Semalam hari Khamis malam Jumaat Nuha dapat basikal baru. Basikal raya papa belikan. Memang terpaksa belikan sebab setiap kali pergi rumah org yg ada basikal kecik ke besar ke semua dia nak naik. Sampai tak nak balik rumah. Basikal dah ada dah kat rumah sebenarnya, tapi dia dah tak nak naik basikal tu dah sebab basikal tu masa dia kecik dulu boleh la. So sempena hari raya aidiladha ni papa kena la korbankan wang ringgit papa untuk belikan basikal buat nuha ni. Asalkan nuha gembira papa pun tumpang gembira jugak. Jgn nakal2 tau. Kesian mama dan papa ni. Nanti bertambah kecik la papa jadinya ;)

Selamat Hari Raya AidilAdha


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua pembaca sekalian. Diharap raya kali ini memberikan seribu erti pengorbanan yang tersirat di dalam kehidupan seharian kita. Bergembiralah di hari yang mulia ini tatkala umat Islam di dunia mengerjakan rukun Islam yg kelima di Tanah Suci Mekah. Dan diharap lembu yg kita korbankan tidak terlepas ketika hendak disembelihkan. Jika tidak kita yg kena sembelih.... :D hehehehehe
Selamat Hari Raya AidilAdha...

Thursday, November 26, 2009

Pergi Klinik Kena Injection

Tengah hari tadi saya pergi ke Klinik Lee Dan Surgeri di Taman Megah Cheras. Saya diberikan suntikan anti typhoid (TY2) yang berfungsi untuk menghalang daripada terkena jangkitan Kolera ataupun Demam Kepialu. Dah lama tak kena injection ni. Last rasanya masa sekolah menengah dulu la kena injection. Tapi tak pe. Vaksin ni boleh tahan sampai 3 tahun. InsyaAllah dalam masa 3 tahun ni x kena la demam kepialu. Harap2nya la. InsyaAllah...

Kursus Pengendalian Makanan



Semalam hari Rabu saya pergi ke Klang untuk menghadiri Kursus Pengendalian Makanan. Jauh tu dari Cheras ke Klang. Kat Cheras memang ada kursusnya tapi 13 Disember nanti. Lambat lagi tu. So cari2 kat internet kat Klang ni buat seminggu 2x. Dari tak nak membuang masa saya pergi la kat sana. Tempat dia "D Wajan Food Klang" berhadapan dengan sekolah ACS Klang. Banyak jugaklah dapat daripada kursus tersebut. Berbaloi - baloi bayar yuran RM50 untuk dengar ceramah yg penting ilmunya dan sijilnya sah laku sepanjang hayat. Ni ada disertakan lokasi tempat kursusnya. Kalau siapa2 nak pergi boleh la ke situ. Penceramahnya cerita orang dari Perlis pun datang situ jugak sebab rasanya kat Malaysia ni tempat dia satu je la yang buat seminggu 2x. Dia cerita la ;)

Wednesday, November 25, 2009

Cuti Persekolahan

Cuti persekolahan kini bermula. Cuti bermula dari 22 November 2009 sehingga la 3 Januari 2010. Sepanjang cuti 6 minggu ni tak tau lagi nak buat apa. Tp rasanya ada something nak buat. Nak tau apa yg saya buat sepanjang cuti sekolah ni, rajin2 lah melayari blog saya ni. Saje je nak suruh tengok blog yg tak seberapa ni. Kurang2nya dpt la tau kan aktiviti sepanjang cuti sekolah ni. Adakah ia berfaedah atau tidak? Nantikan...... ;)

Tuesday, November 24, 2009

Hari Terakhir Persekolahan

Di hari terakhir persekolahan pihak sekolah, PIBG dan surau Kota Warisan ada memberikan sedikit sumbangan kepada murid yg berjaya di dalam UPSR. Tahniah diucapkan sekali lagi. Bergambar sakan la budak2 ni lg ye ;)


Murid2 yg mendapat 5A bergambar bersama Guru Besar, GPK, Guru2 Thn 6 dan juga wakil dari Surau Kota Warisan. Laki 4 org je dr 16 tu. Ish3.... X pe la. Asalkan ada lelaki ;)


Murid2 yg mendapat 4A1B bergambar bersama Guru Besar, GPK dan Guru2 Thn 6. Ni kira seimbang la lelaki dan perempuannya. Tapi ada seorang murid lelaki yg tak dtg. Semuanya 18 org.

Bacaan Surah Yaasin turut dibacakan pada awal pagi menandakan kesyukuran ke atas pemberian dari Yang Maha Esa.


Ni salah satu kek yg diberikan oleh ibu kepada seorang murid yg mendapat keputusan yg cemerlang. Terima Kasih Cikgu...... itu lah yg tertulis atas kek tersebut.


Pn Sa'diah turut mengumumkan seorang murid iaitu Noor Syawal yg mendapat lulus dalam matapelajaran matematik. Syawal ni dia lain sikit dari budak normal yg lain. Tp dia boleh lulus dalam matapelajaran matematik. Budak yg lain x lulus matematik. So skrg siapa yg tak normal ni? Cikgu tabik kat Syawal.....




Hari Anugerah Cemerlang dan Pengumuman UPSR

Pada 19 November yg lalu iaitu pada hari Khamis SK Kota Warisan telah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang. Hari Anugerah Cemerlang ini diadakan pada setiap tahun untuk menghargai murid2 yg mencapai keputusan yg cemerlang di dalam peperiksaan akhir tahun. Ibubapa murid2 yg berjaya turut dijemput utk memeriahkan lg majlis. Pada hari tersebut saya ditugaskan menjadi pengacara majlis bersama dgn Pn Siti Fairuza. So gambar saya x sempat la nak tangkap. Ish3.... So tengok je la gambar apa yg saya sempat tangkap. Dan di waktu majlis itu berlangsung Pn Sa'diah telah mengumumkan calon2 yg berjaya di dlm UPSR. Lihat lah kenangan2 yg sempat dirakamkan.



Hari Anugerah Cemerlang 2009


Tetamu yg hadir pada mjlis tersebut.

Murid2 prasekolah bersiap sedia dengan jubah untuk majlis konvokesyen.


Cikgu2 lelaki menjaga PA System dan juruteknik audio.



Persembahan koir dr murid thn 5 dan thn 6.


Persembahan bercerita dr adik Nurul Adila Riza



Persembahan tarian zapin dan inang dr murid thn 5 dan 6.


Pn Sa'diah mengumumkan keputusan UPSR yg diperolehi oleh murid2. Pada tahun ini pencapaian UPSR amat membanggakan dengan seramai 16 org mendapat 5A dan 18 org mendapat 4A1B drpd seramai 91 org calon. Ini merupakan sejarah yg tidak dpt dilupakan. SK Kota Warisan mendapat peratusan 5A paling tinggi di daerah Sepang. Syukur Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada murid2 yg berjaya. Yg lain diharap jgn berputus asa dan cuba lg di lain peperiksaan.


Murid2 thn 6 berdebar menanti keputusan yg akan dibaca kan oleh Pn Sa'diah. Ada yg nangis pun ada. Jgn la sampai nangis ye. Bukan murid je yg nangis. Cikgu Azira tu pun nangis. Ish3 ;)




Ini lah dia seramai 16 org murid yg berjaya mendapat 5A. Tahniah...


Dan ini pula murid2 yg berjaya mendapat 4A1B. Tahniah juga cikgu ucapkan ;)










Thursday, November 19, 2009

Cikgu Farizul Belanja Makan


Pada hari Rabu 18 November malamnya Cikgu Farizul belanja makan cikgu2 lelaki yang lain. Yang tak dpt dtg Cikgu Abu dan Cikgu Din. Tempatnya berdekatan dgn Hentian Bas Kajang Jalan Reko. Apa nama restorannya lupa lak saya ;) Malam tu kami dihidangkan dengan menu Siakap 3 rasa, Bawal masam manis, Tomyam poktek, Lala masak pedas, Udang goreng tepung dan Kainlan ikan masin. Air tembikai 1 jug dan sky juice 1 jug. Banyak gak tu makan. Terima kasih la cikgu Farizul banyak2 ye. Lain kali boleh belanja lagi ;)

Saturday, November 14, 2009

Malam BBQ SK Kota Warisan 2009

Pada sebelah malamnya pula diadakan Malam BBQ SKKW 2009. Pelbagai makanan yang ada. Mulanya ramai juga cikgu yang tak dapat hadir. Tapi mlm tu bila ahli keluarga datang sekali nampak meriah je majlis tu. Nasib baik la makanan cukup ye ;) Gambar2 kenangan yang sempat dirakam sewaktu majlis sedang berlangsung.


Malam BBQ 2009 SK Kota Warisan



Cikgu Din selaku Pengerusi Kelab Guru merangkap pengacara majlis memberi ucapan aluan. Lepas habis majlis ni Cikgu Din terus balik kampung di Kelantan kerana isterinya dah masuk wad nak bersalin dah. Tahniah la Cikgu Din ye ;)


Yang kat sebelah Puan Sa'diah tu isteri saya. Dia tengah
tengokkan anak yg tengah tolak kerusi biru tu. ish3 penat nak jaga si kecik ni. Tak duduk diam. Ke sana la ke sini la. Kesian mama dan papa dia :D huhuhuhuh


Ramainya tetamu yang datang. Memeriahkan lagi majlis ;)


Puan Guru Besar memberi sepatah dua kata sebelum acara makan dimulakan ;)

Antara guru dan kakitangan yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan 10, 11 dan 12 tahun ni. Apa lagi potong la...... ;)

Cikgu Azizi mengajar anak muridnya cara untuk membakar ayam ;)

Geng2 lelaki membakar ayam. Tolong bakar cepat sikit ye. Tetamu dah lama menunggu tu :D heheheheh


Puan Guru Besar juga tidak ketinggalan untuk membakar ayam. Tahun depan kita buat grand lagi la ye puan. Kat tepi pantai ke kita buat BBQ nya ;)

Busana Muslimah

Selepas Talentime Show tahun 6 tu diadakan pula Peragaan Fesyen Muslim dan Muslimah. Ini di antara model2 yang memperagakan pakaian dari negara masing2 ;)






Talentime Show Year 6

Semalam hari Jumaat 13 November ada diadakan Telantime Show utk murid tahun 6. Macam2 persembahan nyanyian yg budak2 ni buat. Persembahan solo, duo dan berkumpulan turut dipersembahkan. Kat bawah ni antara kumpulan yang bertanding.


Persembahan solo dari Safiyyah 6 Rasional.


Persembahan duo dari kelas 6Rasional.


Persembahan berkumpulan dari kelas 6R.



Persembahan berkumpulan lelaki dari kelas 6 Wibawa. Diaorang nyanyi lagu Aku Bukan Superman. Best juga persembahan diaorang.


. Barisan juri profesional yang lagi arif dan bijaksana. Dari kiri Cikgu Farizul, Cikgu Nordiana dan Cikgu Mimi Hidayah selaku ketua juri ;)

Jamuan Tahun 3R dan 3I

12 November hari Khamis kelas 3 Rasional dan 3 Ikhlas mengadakan jamuan akhir tahun kelas mereka. Guru Kelas 3 Rasional dan 3 Ikhlas Cikgu Zahrul dan Cikgu Siti Jamilah mengajak semua guru menikmati jamuan tersebut. Cikgu laki kalau pasal makan pantang diajak. Mesti pergi punya ;) tambah2 masa ni baru lepas cat kat dewan. Lapar betul la ni. ish3 ;)


Antara cikgu2 perempuan yang datang ke jamuan tersebut.


Cikgu2 laki mesti ada. Tu Cikgu Azizi dah berapa kali ntah tambah nasi tu ;)


Antara murid kelas 3R dan 3I yang sedang menikmati makanan. Bukan main suka sgt diaorg tu ;)

Mesyuarat Panitia Kajian Tempatan Daerah Sepang

Sebelah petang 11 November tu saya menghadiri Mesyuarat Panitia Kajian Tempatan Daerah Sepang di SK Dengkil. Punya lah bawa buku skrap terbaik yang murid hantar untuk dinilai. Tapi last2 buku skrap yang di bawa tu tak diterima sebab dah lari tajuk dia. Rupanya masa mesyuarat yang pertama tu dia dah berikan tajuk untuk tahun 4 Rumah dan tahun 5 Bentuk Muka Bumi. Murid2 SK Kota Warisan buat tajuk Kesultanan Melayu Melaka. Tak pe lah cuba lagi tahun depan.



Ni sekolah yang menang SJK(T) Teluk Merbau. Dapat piala tu ;)



Antara barisan juri yang menilai buku skrap.



Ni kumpulan saya yg menilai bahagian kekemasan dan keceriaan buku skrap tersebut. Tapi saya tgh sibuk ambil gambar :D hehehehhe