Saturday, December 26, 2009

Aktiviti semasa cuti sekolah

Haaa.... ini lah dia aktiviti saya sepanjang cuti sekolah ni. Berniaga air jambu. Sekarang ni banyak kita tengok di tepi2 jalan orang menjual air jambu. Banyak brand jambu ni ada yg di antaranya seperti Pak cu, Jambu Batu Muar, Jambu 88, D'Rezeki dan sebagainya. Air jambu yg saya jual ni brand D'Laila. Kenapa saya pilih menjual air jambu dan brand D'Laila ni? Mula2 tak terlintas pun kat fikiran saya nak berniaga. Nak di pendekkan cerita, kat kuarters KLIA tu ada la org meniaga jambu D'Laila ni. Mula beli rasa sedap. Lama kelamaan dah tiap2 hari dah saya beli. Saya pun ada bandingkan jugak dgn jambu2 brand lain. Tp rasanya tak sama. Bg saya D'Laila ni mmg sedap. Lain dari yg lain. Dan yg saya berminat tu sebab harga dia murah. RM1 je secawan. Kalau kita beli jambu brand lain, air dia saje dah RM1.50. Kalau tambah asam jd RM2.00. D''Laila ni ada asam ke tak de asam ke harganya tetap sama RM1.00. Tu la yg saya berminat utk mencuba berniaga air jambu D'Laila ni. Alhamdulillah, sepanjang cuti sekolah ni saya memanfaatkan masa yg ada ni dgn berniaga dan permulaannya amat menggalakkan. Bak kata org tak rugilah saya mencuba dgn berniaga air jambu ni. Daripada cuti sekolah tak buat apa baik saya berniaga. Kurang2 dpt lah memanfaatkan masa cuti sekolah ni. Dan bg pembaca semua, kalau nampak lah penjual air jambu D'Laila kat mana2 pun beli lah rasa satu. Tak rugi mencuba. Rasanya pun sedap. Berbaloi - baloi ;) Kalau nak cuba air jambu yg saya buat ni, hari Ahad 27/12 ni dtg lah ke SK Kota Warisan sbb kat sekolah ada program perlawanan bola kan. Dan saya pun ambil lah kesempatan ni utk meniaga air jambu ni. Dtg lah beramai2 utk mencuba air jambu saya ye ;) Ok jumpa di sana.....


Ini gerai air jambu saya di Taman Megah Cheras. Hari Isnin hingga Jumaat saya berniaga di sini.


Ini pula gerai air jambu saya di tepi jalan Jusco Cheras Selatan dan juga berhadapan dgn Econsave Balakong. Kalau hari Sabtu, Ahad dan cuti umum saya berniaga di sini. Sebab time cuti kan ramai org pergi shopping. So ramai la yg beli nanti. Dan pendapatan pun banyak lah hari tu ;)


Selamat Mencuba...

Tuesday, December 22, 2009

Pulang ke Kampung

Pada hari Jumaat 18/12/09 pukul 9 malam saya sekeluarga pulang ke kampung di Taiping Perak. Cuti sekolah nak dekat sebulan baru la balik kampung. Nak buat macamana dah isteri tak cuti. Dia kerja shift kat KLIA. Tu yg susah nak dapat cuti. Ingatkan cuti2 sekolah ni boleh la berjalan sakan. Tp nak buat macamana. Tak pe lah. Nanti isteri yg ke-2 nanti saya cari cikgu pulak. Baru sama2 boleh cuti ;) hehehehe saya balik kampung sekejap je sampai hari Ahad. Jadi la bg Nuha jumpa opah dia kat Taiping tu. Last balik taiping time raya puasa hari tu. Hari Ahad pukul 8.30 malam saya balik semula ke Kuala Lumpur. Mana boleh berjalan lama2. Ada bisnes yg perlu dijalankan di Kuala Lumpur ni. Nak tau apa bisnesnya??? Tunggu.....

Friday, December 18, 2009

Perlawanan akhir Sukan SEA 2009 Malaysia vs Vietnam



1

vs

0



Petang tadi pukul 6 petang ada siaran langsung perlawanan akhir bolasepak Sukan Sea ke 25 antara negara Malaysia menentang negara Vietnam. Dan keputusannya Malaysia mengalahkan Vietnam dengan jaringan 1-0. Caya lah Malaysia. Malaysia Boleh.... Tak sia2 tengok kat tv. 20 tahun mengidam emas di Sukan Sea akhirnya mendapat juga. Tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia yg berjaya mengharumkan nama negara. Kali terakhir Malaysia mendapat emas pada sukan SEA dlm acara bolasepak ialah pada tahun 1989. Malaysia menewaskan Singapura 3-1. Selepas itu Malaysia tidak menang pingat emas. Kali terakhir Malaysia melangkah ke final pun pada tahun 2001 di mana Malaysia tewas kepada Thailand 1-0. Itu semua kisah lama. Yg penting sekarang Malaysia dah mendapat emas bg edisi sukan SEA kali ini. Syabas diucapkan. Hidup Malaysia. Malaysia Boleh. 1Malaysia. Kejor Malaysia Kejor ;)

Thursday, December 10, 2009

Bertugas Di Sekolah

Pagi tadi giliran saya bertugas di sekolah bersama dengan Cikgu Abu. Seawal pagi pukul 8 pergi minum dulu kat Restoran Hijas. Cikgu Abu lewat sikit sampai ke sekolah kerana menghantar isterinya dahulu. Di sekolah kami berdua mengedit lagu sekolah. Daripada laju diperlahankan sedikit. Siap juga akhirnya lagu sekolah tersebut setelah berhempas pulas menggunakan Sony Sound Forge. Perhimpunan tahun hadapan dengarkan lah lagu sekolah hasil pengeditan Cikgu Abu dan saya ;) lepas tu kami round2 sekolah tengok keadaan sekolah.Pagi td merupakan hari pertama kedai buku beroperasi dibawah kendalian syarikat yg baru. Ramai ibubapa dtg ke sekolah utk membeli buku anak2 mereka. Nasib baik la anak saya lambat lg nak sekolah ;) Sempena cuti sekolah yg masih pjg lg ni, selamat bercuti la. Penuhkan masa cuti anda dengan benda yg berfaedah. Adios...

Sunday, December 6, 2009

Chelsea Kalah


Pagi td pada pukul 1.30 pg perlawanan EPL antara pasukan Manchester City dengan Chelsea. Pasukan Chelsea kalah kepada Man City dengan gol 2-1. Last2 minit Chelsea dpt penalti tapi Lampard sepak tak masuk pulak. Arrggghhh... geram rasanya. Nak je rasa pergi sana amikkan sepakan penalti tu... Kalau tak boleh la seri 2-2. Tension2..... Tapi tak pe sebab Chelsea masih kekal di tangga teratas liga lagi. Sorry la nak bg Man Utd naik atas ;) anyway good try and try agains Chelsea...