Sunday, January 17, 2010

Majlis Sambutan Maal Hijrah

Ucapan oleh Puan Guru Besar
Penceramah jemputan Ustaz Ghani memberikan ceramahnya


Pada hari Jumaat 15/01/2010 SK Kota Warisan telah mengadakan satu majlis iaitu Majlis Sambutan Mall Hijrah sempena memasuki tahun baru hijrah 1431 pada bulan disember yg lepas. Walaupun bulan Muharam hanya beberapa hari sahaja hendak menutup kalendernya tetapi majlis sambutan ini tetap diadakan kerana semangat tahun baru hijrah masih berkobar2 lagi. Sepanjang tahun ini banyak lagi aktiviti seperti program2 yg akan dilakukan oleh SK Kota Warisan. Kita sama2 lah tunggu kemunculan aktivitinya nanti. Dan yg penting speaker kat pentas tu nanti x nampak da la sbb PIBG nak sumbangkan spekaer baru. Depan blkg nanti diaorg letakkan ;) canggih la nanti sekolah kita ni ;) ok adios....

Friday, January 8, 2010

Spek Hitam Baru


Petang td masa balik dari sekolah wife ajak gi Nilai. Jalan2 kat Giant Nilai. Lepas mkn KFC kat situ dia ajak gi tengok kedai spek mata. Ingatkan dia nak repair spek mata dia ke. Rupa2nya dia nak beli kan saya spek mata hitam. Ish3... Terharu rasanya :-( ye la sebelum ni saya pakai spek hitam murah je. Beli kat pasar malam RM10 satu. Spek hitam ni harga asal dia RM580 dpt diskaun 30% dpt lah harga dia RM406. Ish3... tak pernah pakai spek mahal2 cam ni. Ni kena jaga elok2 ni. Spek lama yg beli kat pasar malam dah patah sbb Nuha main. Ni da ada spek mahal ni kena la jaga elok2 kan ;) Thanks la kat wife. Ni yg buat sayang lebih ni ;) heheheh orait adios...

Tuesday, January 5, 2010

Sesi Persekolahan Tahun 2010


Selamat memulakan sesi persekolahan tahun 2010 kepada kawan2 dan juga anak2 murid cikgu. Semoga tahun ini menjadi lebih baik daripada tahun lepas. Dan jika ada kekurangan pada tahun lepas kita perbaikikan lah. Tahun ni bersemangat sikit memasuki tahun kedua mengajar di sekolah. Dan cikgu2 baru pun ramai. Dah jadi senior dah. Kena la tunjukkan teladan yg baik kepada cikgu2 baru. Walaupun dah senior tp masih lagi junior kepada cikgu2 lain yg dah bertahun2 mengajar. Masih banyak lg ilmu yg perlu dituntut daripada cikgu2 yg senior ni. InsyaAllah dengan dorongan mereka dan usaha yg kita buat pasti akan berjaya.

Untuk minggu pertama persekolahan ni jadual sementara yg saya perolehi 29 masa mengajar sains dan 2 masa mengajar muzik. Walaupun ini hanya jadual sementara tapi ia cukup memberikan saya cabaran kerana kebanyakkannya saya mengajar sains. Kalau dilihat pada jadual tahun lepas banyak subjek lain yg saya mengajar seperti PJ, Sivik dan K.Tempatan. Dan tahun ini juga saya diberi kepercayaan untuk mengajar sains tahun 6. Memandangkan tahun 6 akan menduduki peperiksaan UPSR so saya kena lah mengajar sebaik yg mungkin dan InsyaAllah saya akan mencuba sedaya upaya saya. Tapi jadual masih lg belum tetap dan akan berubah juga nanti. Saya harap saya boleh melaksanakan tugas yg diberikan kepada saya nanti. InsyaAllah saya akan berusaha mencubanya sebaik yg mungkin. Doakan kejayaan saya... Adios...