Friday, December 18, 2009

Perlawanan akhir Sukan SEA 2009 Malaysia vs Vietnam



1

vs

0



Petang tadi pukul 6 petang ada siaran langsung perlawanan akhir bolasepak Sukan Sea ke 25 antara negara Malaysia menentang negara Vietnam. Dan keputusannya Malaysia mengalahkan Vietnam dengan jaringan 1-0. Caya lah Malaysia. Malaysia Boleh.... Tak sia2 tengok kat tv. 20 tahun mengidam emas di Sukan Sea akhirnya mendapat juga. Tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia yg berjaya mengharumkan nama negara. Kali terakhir Malaysia mendapat emas pada sukan SEA dlm acara bolasepak ialah pada tahun 1989. Malaysia menewaskan Singapura 3-1. Selepas itu Malaysia tidak menang pingat emas. Kali terakhir Malaysia melangkah ke final pun pada tahun 2001 di mana Malaysia tewas kepada Thailand 1-0. Itu semua kisah lama. Yg penting sekarang Malaysia dah mendapat emas bg edisi sukan SEA kali ini. Syabas diucapkan. Hidup Malaysia. Malaysia Boleh. 1Malaysia. Kejor Malaysia Kejor ;)

No comments:

Post a Comment