Saturday, December 26, 2009

Aktiviti semasa cuti sekolah

Haaa.... ini lah dia aktiviti saya sepanjang cuti sekolah ni. Berniaga air jambu. Sekarang ni banyak kita tengok di tepi2 jalan orang menjual air jambu. Banyak brand jambu ni ada yg di antaranya seperti Pak cu, Jambu Batu Muar, Jambu 88, D'Rezeki dan sebagainya. Air jambu yg saya jual ni brand D'Laila. Kenapa saya pilih menjual air jambu dan brand D'Laila ni? Mula2 tak terlintas pun kat fikiran saya nak berniaga. Nak di pendekkan cerita, kat kuarters KLIA tu ada la org meniaga jambu D'Laila ni. Mula beli rasa sedap. Lama kelamaan dah tiap2 hari dah saya beli. Saya pun ada bandingkan jugak dgn jambu2 brand lain. Tp rasanya tak sama. Bg saya D'Laila ni mmg sedap. Lain dari yg lain. Dan yg saya berminat tu sebab harga dia murah. RM1 je secawan. Kalau kita beli jambu brand lain, air dia saje dah RM1.50. Kalau tambah asam jd RM2.00. D''Laila ni ada asam ke tak de asam ke harganya tetap sama RM1.00. Tu la yg saya berminat utk mencuba berniaga air jambu D'Laila ni. Alhamdulillah, sepanjang cuti sekolah ni saya memanfaatkan masa yg ada ni dgn berniaga dan permulaannya amat menggalakkan. Bak kata org tak rugilah saya mencuba dgn berniaga air jambu ni. Daripada cuti sekolah tak buat apa baik saya berniaga. Kurang2 dpt lah memanfaatkan masa cuti sekolah ni. Dan bg pembaca semua, kalau nampak lah penjual air jambu D'Laila kat mana2 pun beli lah rasa satu. Tak rugi mencuba. Rasanya pun sedap. Berbaloi - baloi ;) Kalau nak cuba air jambu yg saya buat ni, hari Ahad 27/12 ni dtg lah ke SK Kota Warisan sbb kat sekolah ada program perlawanan bola kan. Dan saya pun ambil lah kesempatan ni utk meniaga air jambu ni. Dtg lah beramai2 utk mencuba air jambu saya ye ;) Ok jumpa di sana.....


Ini gerai air jambu saya di Taman Megah Cheras. Hari Isnin hingga Jumaat saya berniaga di sini.


Ini pula gerai air jambu saya di tepi jalan Jusco Cheras Selatan dan juga berhadapan dgn Econsave Balakong. Kalau hari Sabtu, Ahad dan cuti umum saya berniaga di sini. Sebab time cuti kan ramai org pergi shopping. So ramai la yg beli nanti. Dan pendapatan pun banyak lah hari tu ;)


Selamat Mencuba...

4 comments:

  1. memg kaw!bukak la satu cwangan kat kota warisan

    ReplyDelete
  2. salam cikgu..
    Nak tanya, kat ner leh dapat produk D'laila tu? Cam minat gak nk try berniaga ni.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Ckg...
    kalau ada info...send to me at eija_3166@yahoo.com. Thx

    ReplyDelete
  4. salam...
    leh bgtahu cmane nk cntc d'laila ni?
    sy mcm berminat.. serius..
    kurt_curdean@yahoo.com

    ReplyDelete