Tuesday, January 5, 2010

Sesi Persekolahan Tahun 2010


Selamat memulakan sesi persekolahan tahun 2010 kepada kawan2 dan juga anak2 murid cikgu. Semoga tahun ini menjadi lebih baik daripada tahun lepas. Dan jika ada kekurangan pada tahun lepas kita perbaikikan lah. Tahun ni bersemangat sikit memasuki tahun kedua mengajar di sekolah. Dan cikgu2 baru pun ramai. Dah jadi senior dah. Kena la tunjukkan teladan yg baik kepada cikgu2 baru. Walaupun dah senior tp masih lagi junior kepada cikgu2 lain yg dah bertahun2 mengajar. Masih banyak lg ilmu yg perlu dituntut daripada cikgu2 yg senior ni. InsyaAllah dengan dorongan mereka dan usaha yg kita buat pasti akan berjaya.

Untuk minggu pertama persekolahan ni jadual sementara yg saya perolehi 29 masa mengajar sains dan 2 masa mengajar muzik. Walaupun ini hanya jadual sementara tapi ia cukup memberikan saya cabaran kerana kebanyakkannya saya mengajar sains. Kalau dilihat pada jadual tahun lepas banyak subjek lain yg saya mengajar seperti PJ, Sivik dan K.Tempatan. Dan tahun ini juga saya diberi kepercayaan untuk mengajar sains tahun 6. Memandangkan tahun 6 akan menduduki peperiksaan UPSR so saya kena lah mengajar sebaik yg mungkin dan InsyaAllah saya akan mencuba sedaya upaya saya. Tapi jadual masih lg belum tetap dan akan berubah juga nanti. Saya harap saya boleh melaksanakan tugas yg diberikan kepada saya nanti. InsyaAllah saya akan berusaha mencubanya sebaik yg mungkin. Doakan kejayaan saya... Adios...

2 comments:

  1. Saya doakan Azlee menjadi guru yang cemerlang pada tahun ini. Walaupun baru setahun, tak dapat dinafikan Azlee mempunyai ciri-ciri guru yang rajin dan komited terhadap tugas. Keep up the good job!

    ReplyDelete
  2. Wow.tahniah ckgu sbb dpt ajar bdk tahun 6.X sgka ckgu dpt ajar murid tahun 6.Ckgu kene la brusaha lebih ckit supaya taun ny,jgn bgi bkd B sains cm taun lps.Gud Luck ckgu!

    Ckgu tlg gtau kayt sume guru2 yg ngajar taun 6 2009,suro drg gi kayt blog ny http://6amanah2009skkw.blogspot.com
    Tq.
    Drpda: Bekas murid 6amanah 2009

    ReplyDelete