Baru lepas tampal banner kat dewan terbuka.
Jurulatih memberi taklimat kepada murid selepas sesi pendaftaran.
Murid2 memasang khemah. Lamanya pasang khemak tu kak....
Siap juga akhirnya khemah budak2 ni. Belah kiri khemah lelaki dan belah kanan khemah perempuan.
Guru Besar pun tidak ketinggalan memantau program 1 Malaysia ni.
Ustaz Zul khusyuk memberi arahan kepada cikgu2 yg lain. Mcm Camp Comm je ustaz ye ;)
Pada malamnya dijalankan sesi burung hantu. Sorang ni di tinggalkan sorang dia. Kesian ;)
Aktiviti masakan rakyat. Ustaz Zul tumpang makan je la :D
Permainan buka gari. Susah jugak ni. Poning kepalo den ;)
Permainan bomba kampung. Kena bawa baldi keluar kotak tu. Senang je ;)
Permainan batu seremban. Tapi tak pakai batu pun. Pakai pundi kacang kecik. Reti ke tu bang ;)
Permainan tutup tin. Ni favourite masa kecik2 dulu ni ;)
Permainan rim tayar. Nampak mcm senang. Tapi bila dah cuba susah gak tu. Dia kena ada cara dia tersendiri.
Permainan balang ajaib. Ni la permainan paling best sekali. Kena isi air dalam balang tu. Tapi balang tu ada lubang. So pandai2 la korang nak tutup lubang tu mcm mana. Ada yg sampai tutup pakai mulut dan kepala pun ada. ish3.... kesudahannya... habis semua basah ;)
Lawatan ke muzium negara. Ni beratur sebelum nak masuk muzium.
Lawatan ke Planeterium Negara. Ni tengah layan filem "Passport to the Universe".
Sebelum balik singgah shopping kat Alamanda Putrajaya. Masing2 beli makanan. Tak cukup ke makanan yg dapat tu ;)
Murid2 menari poco2. Reti ke step dia tu.
Murid2 menjamu selera di kantin. Sila sila sila.... Tambah tambah lagi....
Bergambar kenangan selepas selesai majlis penutup. Tapi gambar jurulatih dan cikgu2 tak de
pulak. Tak aci betul la ;)
Video yg sempat dirakamkan ketika perkhemahan



Memang kreatif betul budak-budak ni.
ReplyDelete